Pendaftaran Ahli

Kami sangat menggalakkan pelawat baju2u.com untuk mendaftar sebagai ahli untuk memudahkan beberapa proses :

1) Pembelian. Untuk membeli di baju2u.com, anda sudah pasti perlu memasukkan maklumat seperti nama, alamat, no telefon dan sebagainya untuk tujuan billing dan penghantaran. Jika anda mendaftar, anda hanya perlu beri kesemua maklumat tersebut sekali sahaja, iaitu semasa proses pendaftaran. Jika anda ingin membuat pembelian, anda hanya perlu login sahaja. Tidak perlu lagi masukkan nama, alamat, no telefon dan sebagainya. Sebaliknya, jika anda tidak mendaftar sebagai ahli, anda masih boleh membuat pembelian di baju2u.com namun setiap kali pembelian, anda perlu memasukkan maklumat peribadi anda.

2) Semak rekod pembelian. Jika anda mendaftar di baju2u.com, anda akan mempunyai akaun khas. Di dalam akaun tersebut, anda boleh lihat rekod pembelian anda untuk rujukan anda.

3) Komunikasi. Sebagai ahli berdaftar, kami boleh menghubungi anda dengan mudah melalui emel bila-bila masa terutama jika ada promosi terkini. Anda antara yang terawal mengetahuinya!

Oh ya, kami lupa beritahu anda yang pendaftaran adalag PERCUMA. Jadi apa tunggu lagi. Ikut langkah mudah di bawah ini : 

Langkah 1 : Klik pada link 'create an account'.

Langkah 2 : Isi borang pendaftaran yang disediakan. Setelah selesai mengisi kesemua ruang. Pastikan anda 'tick' pada Privacy Policy untuk menandakan anda setuju dengan Provacy Policy baju2u.com dan akhir sekali, klik button Continue.

Langkah 3 : Tahniah, kini akaun anda telah siap didaftarkan! Jika anda ingin mengubah maklumat peribadi anda atau password, anda boleh klik 'My Account' pada bahagian sebelah kanan.

Copyright © 2013 Baju2u.com. Hakcipta Adalah Terpelihara. DOCNAN Industries Sdn Bhd (612506-M)